1- Keperluan vs Kemahuan

Perkara ini mungkin nampak mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya. Apa yang membezakan keperluan dan juga kemahuan ini? Ada yang mengatakan jika kita memerlukan sesuatu. Keperluan memang suatu yang diperlukan, tapi kemahuan biasanya apa yang kita inginkan tetapi bukan suatu yang kita perlu, bukan suatu yang penting. Misal kata, keperluan anda sebagai seorang pelajar adalah membayar dan anda mahu
bayar yuran. Yuran pengajian merupakan suatu yang perlu anda laksanakan supaya mematuhi peraturan universiti dan dan tidak dikenakan tindakan dari pihak universiti.

 

JOM DAFTAR PERCUMA WEBINAR DAH KERJA KE TU?

>>https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

Kemahuan bermaksud anda hanya inginkan suatu tetapi tidak semestinya ia penting seperti barang solek anda. Pengurusan bajet amat penting dalam membezakan diantara keperluan atau kemahuan sebelum berbelanja. Katakanlah, gaji anda RM300 sebulan, anda perlu simpan 10%-15% atau lebih duit ini selagi bukan dalam keadaan darurat untuk menggunakannya. Jangan menggunakan duit yang anda simpan itu jika anda mahukan perbelanjaan yang teratur. Jika gaji part-time anda RM300 sebulan, mungkin untuk permulaan anda boleh cuba untuk
menyimpan 10% daripadanya iaitu RM30 jika bajet anda kurang. Pepatah mengatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

JOM DAFTAR PERCUMA WEBINAR DAH KERJA KE TU?

>>https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

 

Man Running on Side of Road

 

2- Belajar praktikkan gaya hidup yang sederhana

Bila masuk alam universiti ini, semestinya pelbagai jenis kawan yang anda akan jumpa. Ada yang kaya dan hidup mewah, ada yang sederhana dan ada juga yang kurang berkemampuan. Jadi diri anda sendiri dan jangan terikut-ikut kawan yang boros berbelanja. Jangan malu jika anda kurang berkemampuan seperti rakan anda yang lain, anda harus usaha mencari duit bukan boros belanja untuk perkara yang tidak penting. Ada kalanya anda perlu reward diri anda sendiri setelah penat-lelah dalam belajar.

Misalnya, anda belanjakan untuk diri anda pakaian yang berjenama sebagai suatu puasan untuk diri anda atau
makan makanan yang mewah. Biarlah berpada-pada dan janganlah sampai mengikat perut hanya disebabkan anda ingin orang sentiasa lihat anda sebagai seorang yang ‘berada’ sedangkan anda hanya seorang yang ‘acah-acah ada sahaja’.

 

 

Close-up of Hand Holding Text over Black Background

 

3- Gunakan kad pelajar anda dengan sebaiknya

Kad matrik atau kad pelajar anda boleh memberikan banyak manfaat kepada anda dan bukan hanya sekadar kad yang anda gantungkan di leher anda sepanjang berada di kampus. Anda boleh gunakan kad pelajar ini untuk mendapatkan harga diskaun. Contohnya, sekiranya anda ingin menonton wayang anda boleh dapat hanya RM10 (Tgv) dan RM 7.50-RM11 (GSC) bergantung pada tempat. Rugi kalau tak guna kan? Jadi, gunalah sebaiknya sementara anda masih bergelar pelajar.

 

JOM DAFTAR PERCUMA WEBINAR DAH KERJA KE TU?

>>https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

FOLLOW TWITTER EMPIRE KERJAYA: https://twitter.com/EmpireKerjaya