Kita selalu dengar pasal “Burnout” di tempat kerja je kan? Tapi jarang dan maybe tak pernah dengar mengenai “Boreout”.

Burnout ni biasanya terjadi bila kita hadap tekanan akibat kerja yang banyak, lain pula maksud “Boreout”, boreout ni ialah tekanan daripada kerja yang tak banyak dan maybe kerja tu dah tak ada cabaran yang buatkan someone auto hilang motivasi.

 

Biasanya boreout ni berpunca daripada:

  1. Budaya kerja dalam syarikat
  2. Overqualified untuk sesuatu jawatan tu
  3. Kurang pemantauan dan penilaian di tempat kerja
  4. Polisi syarikat yang lemah

Banyak sebenarnya faktor yang boleh buatkan pekerja merasa “boreout” ni, tapi tak di ambil kisah oleh pihak majikan.

Bila boreout ni berlarutan, antara kesan dan akibatnya kepada company ialah:

  1. Pekerja tak bagi full commitment
  2. Suasana kerja makin teruk
  3. Membazir bakat dan quality pekerja
  4. Boleh merosakkan reputasi company