Linkedin merupakan platform professional yang digunakan untuk berhubung, berbincang dan juga berkongsi dalam sesebuah industri itu. Anda juga boleh join short course yang ditawarkan dalam Linkedin supaya banyak kemahiran yang dapat diperoleh. Sebagai graduan, mungkin anda akan tertanya-tanya apakah yang anda ingin lakukan selepas tamat sahaja pengajian di Universiti. Dengan menggunakan Linkedin ini, graduan dapat menjadi lebih nampak peluang yang ada dan perjalanan karier anda. Jadi, apa yang Linkedin boleh buat kepada anda?

  1. Dapat ‘track’ progress kerja anda di sesebuah syarikat

Apabila syarikat disenaraikan di Linkedin, anda akan dapat melihat juga siapa yang bekerja di situ juga. Lawat profil mereka dan lihat perjalanan kerjaya mereka, bila waktu mereka mula bekerja dan jawatan yang disandang sekarang. Mungkin ramai dari mereka yang bekerja dalam satu syarikat itu, anda disarankan untuk menggunakan ‘All filters’ untuk mencari pekerjaan yang spesifik dan anda juga dapat melihat siapakah dari rakan sekolah atau universiti anda yang bekerja di tempat itu juga.

2. Cari kerja graduan

Linkedin adalah tempat dimana graduan terutama sekali, mencari kerja. Apabila mencari kerja kosong di Linkedin, syarikat yang membuka tawaran kosong itu akan ‘link’ dalam page anda dan akan dipaparkan kekosongan dalam jawatan tertentu itu. Dalam Linkedin, anda juga boleh pilih samada anda recruiter/actively hiring ataupun sedang mencari kerja ‘actively seeking for job’. Anda juga boleh membuat pilihan di situ yang anda sedang mencari kerja untuk bahagian ‘entry level’ memandangkan anda baru sahaja tamat pengajian,

3. Cari orang di syarikat untuk ‘connect’

Jika anda cari syarikat yang anda berminat, hasil dari carian anda itu, akan keluar juga siapa yang bekerja di syarikat tersebut. Pastikan anda ‘connect’ dengan mereka supaya profil anda akan tampil juga secara umum dalam akaun anda itu. Ini dapat menonjolkan lagi profil anda di mata majikan yang sedang aktif merekruit staf.

4, Cari apa pengalaman yang boleh didapati

Menariknya dalam Linkedin ini, bukan sahaja anda boleh buat carian dalam kekosongan jawatan syarikat yang anda berminat sahaja, tetapi anda juga boleh menambahkan soft skill dan juga hard skill anda dalam platform ini. Bagaimana caranya? Anda boleh lihat di bahagian ‘course/class’ di sidebar kanan Linkedin. Anda akan mendapati banyak kelas yang ditawarkan, ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Jika akaun anda belum capai akaun premium, tidak mengapa, ambil kelas percuma dan ambil ilmu sebanyak yang mungkin. Antara kelas yang ditawarkan adalah kelas bagaimana untuk menjawab soalan kritikal dalam temuduga, kelas kemahiran Microsoft dan banyak lagi. Secara tidak langsung, kemahiran dan ilmu anda makin bertambah dan profil anda akan lebih cantik!

5. ‘Connect’ dengan ketua di industri tersebut

Cara lain yang anda boleh lakukan selain ‘connect’ dengan pekerja di syarikat yang anda minat untuk membuat permohonan itu, anda juga boleh connect dengan Manager/CEO/COO atau sesiapa sahaja dalam pangkat tinggi di industri tersebut. Lihat posting mereka di Linkedin dan membuat engagement dengan posting mereka iaitu dengan like, komen dan juga kongsikan posting mereka itu. Lama-kelamaan, mereka akan sedar akan keaktifan anda itu dan lawat profil anda untuk tahu tentang anda. Ya, itulah trick nya! Selamat maju jaya semua!

 

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Jom join Telegram Channel kami:

https://t.me/binakerjayaberjaya