People Discuss About Graphs and Rates

 

Seluruh dunia dilanda musibah wabak COVID-19 ini dan bekerja dari rumah merupakan suatu yang perlu dinormalisasikan kecuali bagi pekerjaan yang memerlukan perkhidmatan mereka di tempat kerja mereka itu sendiri seperti Doktor, Polis, Bomba dan lain-lain. Semua orang sudahpun ambil maklum berkenaan perkara ini dan mula hidup dalam norma baharu.

Memang suatu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan, dengan pelbagai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Sungguhpun begitu, anda tidak keseorangan dalam musibah ini. Tidak dinafikan kehadiran wabak ini memberikan kesan maksimal kepada peniaga terutama sekali peniaga-peniaga kecil diluar sana. Namun, perniagaan tetap perlu diteruskan dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan menjalankan
perniagaan secara online (atas talian). Semua orang pon boleh berniaga, yang penting mereka mempunyai internet yang kuat.

1. Proses meniaga yang tidak rumit

Shopee ini merupakan platform online shopping yang sangat popular sejak tahun 2015 lagi dimana aplikasi ini mula menjadi aktif. Pengguna akaun Shopee di Malaysia sahaja sudah lebih 30 billion dengan peratus 91 peratus populasi penduduk Malaysia merupakan pengguna aktif akaun Shopee di aplikasi Telefon Pintar mereka. Wow hebat, kan? Betapa ramai penduduk Malaysia ini suka shopping!

Itu dari sudut pembeli, macam mana pula dengan penjual? Lagi senang! Penjual di Shopee tak perlu sijil perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pun untuk jalankan bisnes mereka. Jika ada sijil dari SSM, lebih bagus
tapi jika tiada bukan menjadi perkara yang wajib dilakukan untuk meniaga di Shopee ini, untuk di Shopee sahaja ya, perniagaan lain perlukan pendaftaran SSM.

2. Waktu yang sangat fleksibel

Meniaga di Shopee tidak sama seperti waktu kerja di pejabat 8 pagi hingga 5 petang mahupun 9 pagi sehingga 6 petang. Tiada waktu yang spesifik dan lebih mudah untuk berurusan dengan pelanggan kerana anda beroperasi 24 jam. Pembeli hanya perlu browse di laman atau akaun penjual tersebut. Mudah saja kan nak jaga kedai Shopee ni? Hanya perlukan letakkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan urusniaga di Shopee tidak kiralah secara ‘part-time’ mahupun ‘full-time’. Seorang surirumah dan pelajar juga tiada masalah untuk menjalankan bisnes di Shopee ini. Menariknya!

3. Tiada sebarang bayaran membuka akaun

Ini yang membuatkan Shopee bertambah menarik dan digilai ramai pengguna, tak perlu bayaran apa-apa dalam membuka akaun Shopee ini. Maklumlah, sekarang ini boleh dikatakan segalanya perlukan duit,
nak masuk ke tandas awam juga perlu bayar inikan pula nak berniaga online. Tidak sama sekali! Shopee tidak mengenakan sebarang bayaran bagi barangan yang ingin dijual atau masih dalam list. Bukan hanya
pendaftaran akaun secara percuma sahaja, tetapi kos penghantaran juga Shopee yang tanggung. Maka, tak heranlah mengapa Shopee ini menjadi pilihan ramai dalam membeli barangan secara atas talian.

4. Tidak perlu membuat ‘closing’

Dalam dunia bisnes, closing akaun merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap pengusaha samada pengusaha kecil mahupun yang sudah lama berkecimpung dalam bisnes. Apa yang membezakan berniaga di Shopee dan perniagaan yang lain adalah tidak perlu memikirkan bagaimana hendak membuat closing. Sebaliknya, di Shopee, penjual hanya perlu menjadi lebih kreatif dalam penulisan dan olah ayat dalam menulis diskripsi berkenaan produk yang dijual itu supaya pelanggan akan lebih tertarik untuk membelinya. Informasi yang diberikan juga mestilah lengkap dan tepat.

5. Tawaran yang menarik dan iklan murah sentiasa menjadi buruan pembeli

Tipulah kalau kata tak pernah tunggu sale dan juga promosi di Shopee kerana sememangnya murah dan berbaloi! Harga produk yang yang mencecah puluhan atau beratus itu boleh menjadi sangat murah serendah RM1 pon ada (bergantung kepada seller dan produk yang dijual). Shopee tidak pernah ketinggalan dengan idea kreatif untuk menarik minat pelanggan dengan mengadakan promosi bulanan seperti sale 1.1 ( hari pertama bulan 1), 2.2 (hari kedua bulan Febuari) dan lain-lain. Sale ini ditawarkan setiap bulan, jika terlepas bulan ini, bulan-bulan seterusnya masih ada dan rebut peluang untuk mendapat ‘free shipping’ untuk pembelian pada hari sale tersebut.

 

JOM DAFTAR BOOTCAMP SAYA NAK KERJA SIRI 2

18 DISEMBER INI

https://megatsyafferizul.onpay.my/order/form/bootcampsnk

Share This Story, Choose Your Platform!