Korang kena tahu bila dah kerja..polisi di setiap syarikat berbeza tapi kalau benda umum untuk mohon cuti sama je. Mohon cuti? Yup, cuti kena mohon tau. Samalah macam dekat sekolah dulu..ingat tak cikgu akan tanya ‘mana surat?’, sama juga lah bila dah kerja.. tak boleh main cuti je tau! Tu boleh kira sebagai korang nak lari dari tanggungjawab korang tu.

 

JOM DAFTAR PERCUMA!

22 JANUARI INI!

WEBINAR DAH KERJA KE TU?

https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

  1. Waktu bekerja dah ditetapkan dalam ‘offer letter’

Dalam Akta Kerja 1955, pekerja sudah pun diberi had untuk bekerja selama 48 jam dan sekurang-kurangya dapat 1 hari (off day/hari cuti) dalam seminggu. Kalau ada waktu yang melebihi 48 jam itu dah termasuk dalam ‘overtime’ atau kerja lebih masa.  Kadar overtime tu bergantung kepada tempoh dalam satu hari tu.

Kadar overtime untuk hari bekerja yang biasa adalah 150% per jam pada waktu bekerja itu, 200% daripada hari cuti dan juga 300% pada cuti umum. Korang kena take note tau untuk kadar overtime ni sebab ada company yang offer korang untuk buat overtime tapi kadar dia bagi senang-wenang je. Tak boleh tau macam tu!

 

JOM DAFTAR PERCUMA!

22 JANUARI INI!

WEBINAR DAH KERJA KE TU?

https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

 

 

Blue Sun Hat

2. Ada cuti berbayar dan hari cuti (public holiday)

Cuti umum (public holiday) dekat Malaysia ni ada 10 semuanya termasuklah Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari Buruh dan juga hari perayaan/festival.

Ni korang kena tahu, tak kesahlah yang baru kerja ataupun yang dah lama kerja jangan buat-buat lupa pula.

Bekerja dalam syarikat selama kurang dari 2 tahun– ada 8 hari cuti setahun untuk korang.

5 tahun ke atas- korang boleh mohon cuti sebanyak 16 hari dalam setahun.

Untuk cuti sakit pula,

korang boleh dapat 14 hari cuti untuk yang bekerja kurang dari 2 tahun.

3-5 tahun: 18 hari cuti sakit setahun.

5 tahun ke atas: 22 hari cuti sakit setahun.

 

3. Tempoh percubaan adalah bergantung kepada syarikat

 

Kalau korang baru lagi bekerja dekat satu syarikat tu, mesti korang sangat familiar dengan perkataan ‘probation’ ataupun percubaan. Korang kerja dekat syarikat mana-mana pun, mesti akan ada tempoh percubaan untuk korang. Maksudnya, korang akan diberi tempoh 3-6 bulan bergantung kepada syarikat tersebut.

 

JOM DAFTAR PERCUMA!

22 JANUARI INI!

WEBINAR DAH KERJA KE TU?

https://www.empirekerjaya.com/dahkerja/

 

JOM FOLLOW TWITTER EMPIRE KERJAYA: https://twitter.com/EmpireKerjaya