Nak jadi pekerja yang hebat mestilah anda perlu menunjukkan contoh yang hebat dan luar biasa! Semua orang pasti ada keinginan untuk menjadi pekerja yang cemerlang. Mudah saja, yang penting usaha dan kesungguhan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara itu. Apa dia 7 sikap pekerja yang hebat itu? Baca selanjutnya untuk tahu lebih lagi!

  1. Lakukan yang terbaik

Dalam apa jua bidang yang anda ceburi, anda perlulah sentiasa buat yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Contoh, andai kata anda bekerja sebagai akauntan pastikan anda membuat ‘close account’ ataupun penutupan akaun pada waktu yang telah ditetapkan dan sebaiknya. Majikan akan nampak usaha yang anda lakukan itu dan ini yang akan memberikan kelebihan kepada anda juga. Cuba buat dengan sebaiknya dan perbaiki setiap apa yang dilakukan itu supaya lebih mendatangkan kejayaan di masa akan datang. Ada juga yang mengatakan ‘how you do anything is how you do everything’ yang bermaksud bagaimana kita buat sesuatu perkara itu, begitulah kita buat semua perkara.

2. Sikap jangan berhenti mencari peluang

Teruskan mencari peluang untuk terus maju dan berkembang. Peluang ada sahaja dimana-mana, anda perlu rajin berusaha dan teruskan usaha. Walaupun mungkin terasa penat, satu perkara yang perlu diingat bahawa kejayaan takkan datang bergolek tanpa anda usaha dan cari. Jika ada peluang kerja baru, lihat dan terus ambil jika bersesuaian.

3. Jangan menunggu

Masa berjalan dengan begitu pantas sekali. Masa itu emas dan janganlah anda mensia-siakan masa yang ada itu. Pejam celik, pejam celik kita pon sudah hampir habis tahun 2021, hanya beberapa bulan sahaja lagi. Apa yang anda patut lakukan ialah teruskan memulakan langkah dan sentiasa cari perubahan dan ilmu. Jangan berharap keajaiban akan berlaku jika anda sendiri tidak usaha melakukan sesuatu.

4. Kegagalan merupakan kunci kejayaan

Sentiasa ingat, jika anda gagal sekali, itu tidak bermakna anda akan gagal selamanya! Bangkit dan terus bersemangat dalam meneruskan dan memajukan kehidupan anda! FAIL itu sendiri bermaksud first attempt in learning. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang normal. Anda hanya perlu tengok semula apa yang membuatkan kegagalan tersebut dan bermotivasi untuk maju ke hadapan! Jangan hiraukan orang sekeliling anda yang suka memberikan kata-kata negatif itu! Fokuskan kepada yang positif!

5. Tonjolkan kemampuan anda

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing, tapi anda hanya perlu mengetahui dengan lebih jelas apa yang anda boleh lakukan itu yang membawa kepada manfaat sesebuah syarikat dan juga pembangunan diri anda. Bila diberi peluang, tonjolkan kemampuan diri sendiri dan jangan sia-siakan kemampuan anda dengan peluang yang ada. Semua orang pon pasti boleh melakukannya!

6. Memiliki networking yang kuat

Anda perlu sentiasa bergaul dengan semua orang untuk meluaskan jaringan networking anda. Inilah dia kehidupan, jika anda tidak kenal seseorang itu, bagaimana anda hendak berurusan dengan mereka lebih-lebih lagi jika bekerja dalam pejabat yang sama. Saling kenal dan bertegur sapa antara satu sama yang lain.

7. Anggap setiap orang penting

Walaupun anda mungkin tak setuju atau tidak bersekepala dengan rakan sekerja anda, sentiasa tunjukkan rasa hormat kepada mereka dan berbuat baiklah kepada mereka. Kita takkan tahu apa akan jadi kepada kita dan juga mereka nanti. Tidak kiralah pangkat apa yang mereka sandang, berbuat baiklah dengan semua orang dan anggaplah mereka semua penting.

 

Nak tahu tips kerjaya dengan lebih lanjut?

Join Telegram Bina Kerjaya Berjaya di https://t.me/binakerjayaberjaya

MASIH KELIRU NAK KERJA APA NANTI?

PRE-ORDER EBOOK CHECKLIST KERJAYA GRADUAN KINI DIBUKA! UNTUK TEMPAHAN, SILA DAFTAR DI LINK DI BAWAH:

ttps://www.empirekerjaya.com/wlckg/